For parents of 5 and 6 year olds · freeUntuk ibu bapa kanak-kanak 5 dan 6 tahun · percuma

Ready for Year 1?

Bersedia untuk Tahun 1?

Find out what your child should know in English, Bahasa Melayu and Maths before Year 1, straight from the official preschool curriculum. Then help them with 5-minute games at home.

Ketahui apa yang anak perlu tahu dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik sebelum Tahun 1, terus daripada kurikulum prasekolah rasmi. Kemudian bantu mereka dengan permainan 5 minit di rumah.

a ba 1
1

CheckSemak

Go through a checklist over a few days. Mark what your child can do, from what you see at home.

Lalui senarai semak dalam beberapa hari. Tandakan apa yang anak boleh buat, berdasarkan apa yang anda lihat di rumah.

2

PlayMain

For anything "not yet", open its guide and play a 5-minute game together.

Untuk yang "belum lagi", buka panduannya dan main permainan 5 minit bersama.

3

PrintCetak

When little hands are ready, print a worksheet. One page a day is plenty.

Apabila tangan kecil sudah bersedia, cetak lembaran kerja. Satu halaman sehari sudah cukup.

The one habit that matters mostSatu tabiat yang paling penting

Read a picture book together every day, even for 10 minutes, and talk about it: "What is happening? What will happen next?" It builds words, listening and a love of books, in any language.

Baca buku bergambar bersama setiap hari, walaupun 10 minit, dan bercakap tentangnya: "Apa yang berlaku? Apa akan jadi seterusnya?" Ia membina perkataan, pendengaran dan minat terhadap buku, dalam apa-apa bahasa.

"Not yet" is normal."Belum lagi" itu biasa.

Children grow at different speeds, and a few months make a big difference at this age. Year 1 teachers start from the beginning too. This site helps your child start with confidence; it is not a test.

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut kadar sendiri, dan beberapa bulan membawa perbezaan besar pada umur ini. Guru Tahun 1 juga bermula dari awal. Laman ini membantu anak bermula dengan yakin; ia bukan ujian.

Make it an app on your phoneJadikan aplikasi di telefon anda

Add this site to your home screen in 4 taps: its own icon, opens like an app, works without internet. See how →

Tambah laman ini ke skrin utama dalam 4 langkah: ada ikon sendiri, dibuka seperti aplikasi, boleh digunakan tanpa internet. Lihat caranya →

Who made this?Siapa yang membinanya?

Mr Reyy, a primary school English teacher in Putrajaya. Every skill here comes from the Ministry of Education's Kurikulum Prasekolah 2026, the curriculum that leads into the new Year 1 curriculum starting in 2027. The games use ideas from published research on early reading and maths. It's free, has no adverts, and nothing about your child is collected.

Mr Reyy, guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di Putrajaya. Setiap kemahiran di sini datang daripada Kurikulum Prasekolah 2026 Kementerian Pendidikan, iaitu kurikulum yang membawa kepada kurikulum Tahun 1 baharu mulai 2027. Permainannya menggunakan idea daripada kajian tentang bacaan dan matematik awal. Ia percuma, tiada iklan, dan tiada maklumat anak anda dikumpul.